Contoh Karangan


KARANGAN FAKTA

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini.
Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

                Sejak kebelakangan ini, kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Banyak nyawa terkorban dalam tragedi tersebut. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Antara langkah-langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah dengan memberi didikan tentang pengetahuan dan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya kepada murid-murid sejak kecil lagi. Contohnya melalui mata pelajaran PKJR, murid-murid diajar tentang maksud simbol-simbol pada papan keselamatan jalan raya dan langkah-langkah keselamatan yang harus diambil ketika berada di jalan raya. Ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga keselamatan jalan raya.
            Seterusnya, kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan jalan raya dalam kalangan murid-murid. Misalnya ketika berbasikal, murid-murid hendaklah mengayuh basikal dalam satu barisan dan tidak bersaing. Ini dapat mengelakkan diri mereka daripada dilanggar oleh kenderaan.
            Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan bertolak ansur. Contohnya para pemandu hendaklah sentiasa berwaspada dan perlahankan kenderaannya ketika melalui kawasan sekolah terutamanya pada waktu sibuk. Pada waktu inilah, kanak-kanak sekolah biasanya akan bersikap cuai dan tergesa-gesa untuk melintas jalan raya. Apabila pemandu perlahankan kenderaannya, maka kanak-kanak sekolah dapat melintas dengan selamat.
            Sesungguhnya, setiap pengguna jalan raya hendaklah mengamalkan langkah-langkah keselamatan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku kerana malang tidak berbau. Besarlah harapan kita untuk berganding bahu  agar dapat mengurangkan  kadar kemalangan jalan raya.


TAJUK  1 :      Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat di negara ini. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

                        Sejak akhir-akhir ini didapati kadar kemalangan jalan raya semakin
meningkat di negara kita.  Dapat dilihat banyak kemalangan yang mengorbankan
nyawa berlaku terutamanya menjelang musim perayaan. Kebanyakan individu yang menjadi
mangsa terdiri daripada golongan remaja dan belia. Oleh yang demikian, semua
pihak haruslah memikirkan dan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kadar
kemalangan di jalan raya.

                        Pelbagai cara harus diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan. Salah satunya adalah melalui kempen keselamatan jalan raya yang disiarkan dan dipaparkan melalui media elektronik dan media cetak. Contohnya, pihak Jabatan Penerangan mencetak dan mengedarkan poster-poster berkaitan kempen ini kepada orang ramai dan ditampal di tempat-tempat umum. Melalui televisyen juga ada disiarkan rintihan hati individu yang kehilangan ahli keluarga akibat terlibat dalam kemalangan. Dengan adanya kempen ini, banyak memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan lebih berhemah semasa berada di jalan raya.

                        Seterusnya penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak-pihak yang berkenaan haruslah di buat. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan  dan Polis Diraja Malaysia perlu menggiatkan operasi sekatan jalan raya kepada semua pengguna jalan raya tidak hanya terhad semasa musim perayaan sahaja . Setiap kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya dikenakan denda saman yang tinggi. Ekoran itu pelanggaran peraturan jalan raya dapat dikurangkan. Hal ini diharapkan dapat menyumbang ke arah penurunan kadar kemalangan di Negara kita.

                        Di samping itu, pemeriksaan kenderaan berkala perlu dibuat oleh pemilik kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Pemeriksaan boleh dibuat di Puspakom bagi memastikan kenderaan berada dalam kondisi yang baik dan sesuai digunakan di jalan raya. Sehubungan itu, pemilik kenderaan dapat melalui perjalanan dalam keadaan yang selamat.

                        Keadaan kesihatan yang baik kepada semua pengguna jalan raya juga amat penting terutamanya kepada pemandu kenderaan awam dan penunggang-pengunggang motosikal. Mereka memerlukan rehat dan tidur yang cukup sebelum memulakan perjalanan. Ini dapat mengelakkan mereka daripada keletihan dan mengantuk ketika memandu. Oleh itu, dapat menyelamatkan banyak nyawa untuk sampai dengan selamat ke destinasi masing-masing.

                        Sebagai kesimpulan, banyak faktor yang boleh diambil untuk membendung kadar kemalangan jalan raya yang semakin menjadi-jadi. Oleh itu,bersama-samalah kita mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya. Berhati-hati semasa memandu,ingatlah orang tersayang.

                       
 TAJUK : Berjimat cermat amalan mulia. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah
    berjimat cermat.
Berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh setiap agama. Amalan ini perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah jika kita berjimat cermat.
            Antara faedah berjimat cermat adalah dapat melatih diri daripada melakukan pembaziran. Contohnya amalan menabung. Jika seseorang itu selalu menabung, wangnya akan semakin bertambah seperti pepatah “ sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit “ . Wang tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkara- perkara berfaedah seperti membeli barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara gading kelak.
            Dalam situasi dunia sekarang di mana keadaan ekonomi yang tidak stabil, amalan ini perlulah dititikberatkan. Contohnya jika kita berjimat cermat dalam penggunaan tenaga elektrik dan air akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membayar bil bulanan. Wang yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.
            Di samping itu, berkongsi kenderaan ke tempat kerja juga adalah satu daripada amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan. Memandangkan harga bahan bakar yang kian meningkat, amalan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan harian. Justeru, dengan berkongsi kereta juga dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan.
            Selain itu, amalan berjimat cermat ini dapat menginsafkan diri akan penderitaan orang lain seperti masalah kebuluran yang dialami oleh penduduk di benua Afrika. Apabila membayangkan penderitaan mereka, sudah pasti kita tidak akan membazir makanan dan minuman yang kita nikmati setiap hari. Jika ada peluang kita juga boleh menyumbangkan sesuatu untuk meringankan penderitaan mereka.
            Oleh itu, marilah kita amalkan sikap berjimat cermat kerana amalan ini menjadikan kita seorang yang bertanggungjawab.  Kita perlu sederhana  dalam setiap perkara kerana membazir itu adalah amalan syaitan.


Setiap murid digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah. Tulis karangan tentang faedah-faedah membawa bekal makanan dari rumah ke sekolah.
            Bekal makanan merupakan makanan sesuatu makanan yang disediakan di rumah dan dibawa ke sesuatu tempat. Akhir-akhir ini, kita boleh dapati bahawa ramai murid yang telah membawa bekal makanan ke sekolah. Budaya ini patut digalakkan kerana terdapat banyak faedah melalui amalan ini.
            Antara faedah yang nyata ialah murid-murid dapat menjaga kesihatan. Bekal makanan yang disediakan oleh ibu bapa merupakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Dengan itu, murid tidak akan mengambil makanan yang berlemak seperti ayam goreng, nuget dan sosej di kantin sekolah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan mental murid.
            Selain itu, dengan membawa bekal makanan murid-murid dapat berjimat cermat. Mereka dapat menyimpan wang saku yang lebih dalam tabung. Ini dapat menanam sikap menabung sejak kecil. Seperti peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
            Di samping itu, amalan membawa bekal makanan ini juga dapat menjalin hubungan rapat dengan keluarga. Sebagai contoh, anak-anak yang makan makanan hasil daripada ibu atau ayah akan merasai kasih sayang keluarga. Ini secara tidak langsung akan melahirkan anak-anak yang tahu menghayati dan menghargai jasa ibu bapa.
            Murid-murid yang membawa bekalan makanan ke sekolah adalah lebih berdikari berbanding dengan yang lain. Murid-murid akan belajar menyediakan makanan kegemaran secara sendiri atau dengan bantuan ibu bapa. Maka, murid-murid akan menghabiskan semua makanan yang yang dibawa dari rumah.
            Memandangkan terdapat banyak faedah melalui budaya membawa bekal makanan ini, maka murid-murid digalakkan berbuat demikian. Semua pihak diminta berganding bahu dalam membina dan mengamalkan budaya ini.
               


Setiap murid digalakkan untuk membawa bekal makanan dari rumah. Berikan faedah-faedah membawa bekal makanan dari rumah.
Setiap murid digalakkan membawa bekal makanan dari rumah. Namun hanya segelintir murid sahaja yang berminat membawa bekal makanan dari rumah tanpa rasa segan. Ada banyak faedah yang diperoleh apabila membawa bekal makanan dari rumah.
Faedah yang pertama membawa bekal makanan  dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga. Melalui faedah ini murid akan dapat membantu keluarga untuk berjimat cermat. Ini dapat menjadikan murid sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.
Membawa bekal makanan juga dapat menggelakkan murid daripada terkena penyakit. Makanan yang dimasak oleh ibu di rumah lebih berkhasiat dan bersih. Ini dapat membantu murid menjaga kebersihan dan keselamatan diri dalam kehidupan.
Seterusnya, dapat menjimatkan masa ketika waktu makan. Murid tidak perlu untuk ke kantin dan berbaris bagi membeli makanan. Murid boleh menggunakan masa yang lebih ketika waktu rehat dengan membuat aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan menyiapkan kerja sekolah.
Selain itu, murid dapat dilatih untuk belajar menabung. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan untuk masa depan. Wang tersebut dapat digunakan apabila berpeluang melanjutkan pelajaran ke menara gading tanpa perlu membebankan ibu bapa.
Jelaslah bahawa amalan membawa bekal makanan ke sekolah banyak memberikan faedah kepada murid. Oleh itu, amalan ini perlulah diterapkan sejak dari kecil lagi ibarat melentur buluh biarlah dari rebung.



Tajuk :Berjimat cermat amalan yang mulia.Tuliskan sebuah  
          karangan tentang faedah berjimat cermat.

            Berjimat cermat merupakan amalan yang baik.Oleh itu, kita haruslah berjimat cermat dalam kehidupan seharian.Dengan hal yang demikian, kita akan mendapat banyak faedah yang tidak terhingga.
            Berjimat cermat membolehkan seseorang itu menabung.Mereka boleh menggunakan sebahagian daripada wang belanja sebagai simpanan tetap.Wang simpanan ini boleh digunakan semasa mengalami masalah kewangan.Mereka tidak perlu bersusah payah meminjam wang daripada keluarga, rakan ataupun bank.
            Selain itu, janganlah kita suka membazir air. Terutama, semasa menggunakan air untuk mencuci kereta, mandi dan membersihkan rumah.Ini dapat menggelakkan kesulitan sewaktu gangguan bekalan air.
            Disamping itu, bekalan elektrik juga harus dijimatkan.Contohnya, suis lampu dan kipas haruslah dipadam jika  tidak digunakan.Ini dapat mengurangkan kos sara hidup sesebuah keluarga.
            Akhir sekali,kita janganlah membazir makanan.Makanan merupakan rezeki tuhan.Kita haruslah menyediakan makanan mengikut kuantiti yang diperlukan.Disamping, menjamin kesihatan kita juga dapat mengelakkan sikap boros.
            Kesimpulannya, sikap berjimat cermat perlu diamalkan oleh semua lapisan masyarakat.Masa hadapan kita akan lebih baik jika kita suka berjimat cermat.Oleh itu, mulalah berjimat cermat dari sekarang.


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENONTON TELEVISYEN
Televisyen merupakan satu alat komunikasi yang umum pada masa kini. Oleh itu, televisyen telah menjadi alat keperluan orang ramai. Namun begitu, televisyen turut memberi kebaikan dan keburukan kepada penggunanya.
Antara kebaikannya ialah rancangan televisyen yang dipaparkan mempunyai maklumat dan mesej dapat menambahkan pengetahuan kita tentang banyak perkara. Rancangan seperti “TV Pendidikan”, Rancangan dokumentari, rencana , berita dan sebagainya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan para penonton.
Selain itu, kita juga dapat meningkatkan kemahiran kita dengan menonton rancangan masakan atau sukan. Di samping itu, menonton televisyen juga boleh melapangkan fikiran kita melalui rancangan hiburan dan tayangan gambar.
Walaubagaimanapun, televisyen juga memberi keburukan kepada kita. Antaranya, tayangan televisyen yang berunsur keganasan seperti pergaduhan dan peperangan akan mempengaruhi para penonton kepada unsur-unsur yang tidak sihat sehingga terbawa-bawa ke kehidupan yang sebenar.
Jika kita leka menonton televisyen menghabiskan masa di hadapan televisyen berjam-jam lamanya bukan sahaja melakunya pembaziran tenaga elektrik malah membuang masa begitu sahaja. Oleh itu, janganlah kita terlalu menonton televisyen, nanti tidak siap pula kerja-kerja lain yang perlu kita lakukan.
Sesungguhnya, televisyen boleh membawa kesan sampingan jika kita tidak bijak menggunanya. Jadi, kita bertanggungjawab memastikan kemudahan ini tidak disalahgunakan.


Soalan: Tulis sebuah karangan tentang kebaikan dan keburukan menonton televisyen.

     Televisyen merupakan satu medium komunikasi yang dimiliki hampir setiap isi rumah di Malaysia. Mengikut kajian, penonton di Malaysia menonton televisyen lebih kurang 8 jam sehari. Ini memberi kesan yang positif dan negatif kepada penonton.

     Melalui televisyen, penonton akan mendapat maklumat dan berita terkini. Contohnya, siaran berita, rencana, laporan sukan, forum, bual bicara dan sebagainya. Penonton akan dapat mengetahui maklumat dan berita  sesuatu peristiwa yang telah  berlaku sama ada di dalam dan di luar negara.

     Selain itu, siaran televisyen boleh member ilmu pengetahuan kepada penonton. Rancangan yang berunsurkan ilmu pengetahuan seperti IQ TV, TV Pendidikan, National Geografi dan sebagainya. Rancangan interaktif ini dapat menarik minat pelajar untuk mendalami lagi pelajaran.

     Namun begitu, terdapat juga keburukan menonton televisyen. Antaranya penonton mudah terpengaruh dengan budaya atau gaya hidup yang bertentangan dengan budaya ketimuran kita. Banyak rancangan yang disiarkan di televisyen dari negara-negara barat seperti filem-filem Holywood. Filem-filem ini banyak memaparkan aksi-aksi ganas, seks,dan cara berpakaian yang menjolok mata. Secara tidak langsung, unsur-unsur negatif ini meresap ke dalam jiwa penonton yang kononnya inilah gaya hidup moden.

     Di samping itu kekerapan menonton televisyen boleh mengakibatkan penglihatan menjadi rabun. Contohnya, menonton dengan jarak yang terlalu dekat dan lama. Ini mengakibatkan daya penglihatan lama kelamaaan akan menjadi rabun dekat.

     Jelaslah, bahawa menonton televisyen member kebaikan dan keburukan kepada penonton. Penonton perlu bijak memilih rancangan yang sesuai untuk ditonton dan menggunkan masa yang sesuai.

Tulis sebuah karangan tentang kebaikan dan keburukan menonton televisyen

Televisyen  merupakan salah satu media elektronik yang amat berpengaruh kepada masyarakat masa kini.  Hampir di setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Namun, pernahkah kita terfikir akan kebaikan dan keburukan televisyen ini kepada kita semua?
Menonton televisyen memberikan kita beberapa kebaikan. Antaranya dapat menyampaikan maklumat terkini di dalam dan luar negara serta menambah ilmu pengetahuan kita. Contohnya melalui rancangan berita, sukan, perubatan dan National Geografic. Dengan ini, segala maklumat dapat diperoleh dalam masa yang singkat dan lebih berinformasi.
Selain itu, menonton televisyen juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga menyampaikan kehendak rakyat kepada kerajaan. Misalnya, program Bersamamu dan Aduan Rakyat oleh pihak TV3. Melalui program ini, kita dapat membantu mereka yang memerlukan. Begitu juga permasalahan yang berlaku kepada penduduk dapat disuarakan kepada pihak berwajib untuk tindakan yang sewajarnya.
Menonton televisyen juga membawa keburukan kepada kita terutamanya kanak-kanak. Mereka banyak menghabiskan masa di hadapan televisyen. Contohnya mereka leka menonton rancangan-rancangan kartun dan hiburan. Akibatnya mereka mengabaikan pelajaran dan hubungan sosial di persekitaran kediaman mereka tidak berkembang.
Di samping itu, penonton juga mudah terpengaruh dengan apa yang dipaparkan melalui televisyen.  Mereka mudah terpengaruh dengan iklan-iklan dan aksi-aksi yang ganas. Dengan itu, mereka mudah meniru dan akan menjurus kepada keruntuhan akhlak mereka.

Kesimpulannya kita hendaklah pandai dalam memilih program-program
yang hendak ditonton. Fikirkanlah kebaikan dan keburukan serta kesan-kesannya kepada kita bukan sahaja dalam jangka masa pendek  tetapi juga dalam jangka masa panjang.






Cara-cara Membalas Jasa Guru

Guru ialah insan yang amat berjasa kepada kita. Melalui guru kita bukan sahaja dapat membaca, menulis, dan mengira  malah kita dididik oleh mereka untuk menjadi insan yang mulia.  Oleh itu, sewajarnyalah kita membalas jasa-jasa guru yang telah mendidik kita.

Antara cara terbaik untuk membalas segala jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh.  Di sekolah misalnya, kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap sambil lewa semasa proses pengajaran sedang dijalankan.  Sikap belajar bersungguh-sungguh ini sudah tentulah dapat menyenangkan hati guru-guru kita.

Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti mereka menghormati ibu bapa kita.  Misalnya, apabila kita berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa.
Natijahnya, guru kita tentulah amat menyayangi kita seperti mereka menyayangi anak-anak mereka sendiri.

Seterusnya,  jika guru memerlukan bantuan kita, bersegeralah menghulurkan bantuan.  Janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan, misalnya menolong guru mengangkat buku dan membersihkan kelas.  Sikap ringan tulang ini sudah tentunya disukai oleh guru kita.

Akhir sekali, kita seharusnya menyiapkan segala tugasan yang guru berikan.  Kerja rumah  umpamanya, hendaklah kita selesaikan dan siapkan sebaik mungkin. Dengan berbuat demikian, guru kita akan sentiasa berbangga dengan  anak-anak muridnya yang kelaknya nanti akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa, dan negara.

Oleh hal  yang demikian, jasa-jasa guru perlu kita balas dan kita sanjungi.  Janganlah sesekali hendaknya kita melupakan jasa-jasa mereka yang telah mendidik kita.





Kegunaan air kepada manusia

Setiap kehidupan memerlukan air. Tanpa air semua kehidupan  termasuklah manusia  tidak boleh hidup.  Oleh itu, anugerah Allah ini  banyak kegunaannya kepada manusia.

Antaranya, air merupakan sumber minuman kepada manusia. Kita harus minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Kesannya, badan kita yang letih akan menjadi cergas semula.

Selain itu, air digunakan sebagai kegunaan seharian kepada kita.
Contohnya, kita menggunakan air untuk mandi dua kali sehari.
Implikasinya, badan kita akan sentiasa bersih dan segar.

Seterusnya,  kegunaan air kepada manusia adalah untuk kita membersihkan makanan.  Umpamanya, kita menggunakan air untuk membersihkan sayur-sayuran dan buah-buhan yang dibeli di pasar.
Apabila makanan kita bersih, kita akan terhindar daripada makan makanan yang berkuman.

Akhirnya, air boleh kita gunakan untuk menyiram tanaman di halaman rumah.  Misalnya, kita menggunakan air untuk menjirus pokok bunga pada waktu petang.  Pokok-pokok bunga yang hidup subur akan mengindahkan halaman rumah kita.

Begitulah kegunaan air kepada manusia.  Namun begitu, janganlah kita suka membazir semasa menggunakan air.



KARANGAN CATATAN HARIAN

CATATAN HARIAN – BANYAK HARI

Tajuk         :        Pasukan Pengakap sekolah kamu telah
mengadakan satu perkhemahan selama tiga hari. Tuliskan catatan harian sepanjang perkhemahan tersebut.

Jumaat, 10 Jun 2010

          Aku tiba di sekolah untuk mengikuti satu perkhemahan pengakap yang diadakan di Bukit Ayer. Setelah mendengar taklimat daripada Cikgu Kamal Ahmad, kamipun bertolak. Ahli pengakap yang terlibat seramai 30 orang dan disertai oleh 5 orang guru.

          Setelah tiba, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Kami diarah membersihkan kawasan. Setelah itu, kami mendirikan khemah. Aku dan beberapa orang rakan diarah untuk mencari kayu api untuk digunakan semasa memasak dan untuk dijadikan unggun api. Pada waktu malam, kami hanya berehat sahaja.

Sabtu, 11 Jun 2010

          Selepas sembahyang subuh, kami bersarapan. Selepas itu, kami mengadakan aktiviti senaman. Kemudian aktiviti berkawad diadakan. Banyak yang aku pelajari semasa aktiviti ini.

          Pada waktu petang kami menjalankan aktiviti meredah hutan. Melalui aktiviti ini, kami dapat mengetahui tentang flora dan fauna yang terdapat di hutan ini. Kami juga bermandi-manda di air terjun yang berdekatan.

          Pada waktu malam, telah dijalankan aktiviti unggun api. Melalui aktiviti ini, setiap kumpulan perlu mengadakan persembahan. Kumpulan aku mengadakan persembahan dikir barat. Aku sungguh seronok ketika membuat persembahan.


Ahad, 12 Jun 2010

          Pada pagi ini telah dijalankan aktiviti pertolongan cemas dan ikatan. Selepas makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang. Kami meruntuhkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan.

          Pada pukul 2.00 petang, kami bertolak pulang. Aku berasa gembira dapat mengikuti perkhemahan ini kerana banyak pengetahuan dan pengalaman yang aku peroleh.



KARANGAN DIALOG / PERBUALAN (PERBUALAN BIASA)

Tajuk       :       Kamu dan rakan kamu sedang berbual-bual
                        tentang cara-cara menjaga kebersihan diri.
                        Tulis perbualan tersebut dengan
                        selengkapnya.

Kamal     :       Hai, sedang buat apa tu, Azmi?

Saya        :       Oh, Kamal! Saya sedang membaca surat
                        khabar.

Kamal     :       O…Tentu banyak cerita menarik di dalam
                        akhbar tersebut.

Saya       :       Ya, banyak cerita dan maklumat yang boleh
                        kita dapati apabila kita membacanya.
                        Contohnya tentang kebersihan. Kita perlu
                        menjaga kebersihan terutamanya kebersihan
                        diri kita.

Kamal     :       Betul tu. Kita perlu menjaga kebersihan diri
                        agar kita terhidar daripada penyakit dan diri
                        kita juga bersih serta kemas. Apabila kita
                        bersih, tentu ramai yang ingin berkawan
                        dengan kita.

Saya        :       Perkara utama yang perlu kita ambil berat
                        ialah mandi. Kita perlu mandi sekurang-
                        kurangnya tiga kali sehari. Semasa mandi,
                        kita perlu menggosok badan kita dengan
                        menggunakan sabun. Rambut kita juga perlu
                        dibasuh dan digosok. Selain itu, kita juga
                        perlu menggosok gigi kita agar bersih dan
                        putih.

Kamal     :       Betul tu. Selain itu, kita juga perlu menyikat
                        rambut kita dengan rapi. Kita juga perlu
                        memakai pakaian yang bersih dan kemas.

Saya         :       Jangan lupa untuk memotong kuku
                        seminggu sekali agar bersih. Ini penting
                        supaya kuman tidak melekat pada makanan
                        ketika kita makan. Dengan itu, kita dapat
                        menghindari diri kita dari diserang penyakit.

Kamal     :       Betul tu. Memang banyak cara yang boleh
                        kita lakukan untuk menjaga kebersihan diri
                        kita.

Saya        :       Memang betul. Marilah sama-sama kita
                        menjaga kebersihan diri agar kita sihat
                        sentiasa.

Kamal     :       Okeylah, saya balik dulu. Semoga kita
                        berjumpa lagi.

Saya        :       Baiklah, terima kasih kerana sudi berbual-
                        bual dengan saya.


TEMU RAMAH

Tajuk       :       Kamu setiausaha majalah sekolah. Kamu
                        dikehendaki menemuramah Tokoh Guru
                        sekolah kamu. Tulis temu ramah itu
                        selengkapnya.

Saya                :       Selamat Pagi, Cikgu Ahmad.

Cikgu Ahmad :       Selamat Pagi.

Saya                :       Saya, Arina binti Ramli dari Majalah
                                Murni sekolah ini. Tujuan saya adalah
                                untuk menemuramah cikgu jika cikgu  
                                tidak keberatan.

Cikgu Ahmad :       Oh, begitu! Silakan saya tidak
                                keberatan untuk ditemuramah.

Saya                :       Terlebih dahulu saya ingin
                                mengucapkan tahniah kerana cikgu
                                terpilih sebagai Tokoh Guru untuk
                                tahun ini. Tahniah cikgu.

Cikgu Ahmad :       Terima kasih atas pujian itu.

Saya                :       Sudah berapa lama cikgu berkhidmat
                                sebagai guru?

Cikgu Ahmad :       Saya sudah berkhidmat sebagai guru
                                selama 20 tahun. Mula-mula saya
                                mengajar di pedalaman Sabah selama
                                5 tahun. Selepas itu, saya pulang ke
                                Semenanjung dan mengajar di Kuala
                                Lumpur selama 10 tahun. Sekarang
                                cikgu pulang ke kampung cikgu dan
                                mengajar hingga sekarang.

Saya                :       Wah, sudah lama cikgu mengajar!
                                Boleh cikgu cerita pengalaman manis
                                cikgu sebagai pendidik?

Cikgu Ahmad :       Pengalaman manis ialah melihat
                                kejayaan anak-anak didik saya. Saya
                                gembira melihat mereka berjaya dalam
                                akademik dan kerjaya mereka.

Saya                :       Bagaimana pula dengan pengalaman
                                pahit pula?

Cikgu Ahmad :       Pengalaman pahit saya ketika di Sabah.
                                Saya berasa kasihan melihat
                                murid-murid yang ingin belajar tetapi
                                serba kekurangan. Maklumlah mereka
                                tinggal di pedalaman.

Saya                 :       Apakah harapan cikgu pada masa akan
                                datang?

Cikgu Ahmad :       Saya berharap agar murid-murid dapat
                                menggunakan segala peluang yang ada
                                untuk menimba ilmu pengetahuan.
                                Sekarang kita sudah ada kemudahan
                                ICT yang canggih jadi ambillah
                                Peluang tersebut.

Saya                 :       Baiklah cikgu, saya rasa cukup dulu
                                temu ramah saya untuk kali ini. Terima
                                kasih kerana cikgu sudi bekerjasama
                                sepanjang temu ramah ini.

Cikgu Ahmad :       Sama-sama kerana sudi menemuramah
                                saya.


KARANGAN CATATAN HARIAN


Soalan : Persatuan Kajian Tempatan telah mengadakan satu lawatan ke rumah warga tua. Tulis catatan harian sepanjang berada di rumah warga tua tersebut.

Ahad, 1 Jun 2012

8.00 pagi

            Saya dan ahli Persatuan Kajian Tempatan berkumpul di sekolah. Kami seramai 25 orang yang terdiri daripada 5 orang guru dan 20 orang murid akan melawat ke Rumah Warga Tua Kasih. Cikgu Kamal memberi sedikit taklimat sebelum kami bertolak.

8.30 pagi

            Kami tiba di tempat yang dituju. Kami disambut oleh pegawai yang bertugas iaitu Puan Lim Zhi Yuan. Puan Lim memberi sedikit penerangan kepada kami.

9.00 pagi

            Kami berjumpa dengan warga tua di sini. Ada seramai 15 orang warga tua di sini yang terdiri dari pelbagai bangsa. Saya berasa sedih dan terharu melihat mereka yang hidup sebatang kara tanpa keluarga mereka.

            Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Tugas kami yang pertama ialah mengemas bilik mereka. Kami mengemas katil, melipat pakaian dan menyapu sampah.

10.00 pagi

            Saya menolong seorang warga tua mandi. Saya menyabun bandannya, menyampu rambutnya dan memandikannya. Kemudian saya memakaikan pakaiannya. Dia nampak gembira. Begitu juga saya, rasa bangga dan gembira membantu warga tua tersebut.

11.00 pagi

            Kami membersihkan kawasan luar rumah warga tua tersebut. Ada yang menyapu halaman rumah, mencuci tingkap dan mencabut rumput.

            Murid perempuan membantu guru dan pekerja di situ memasak untuk kami makan nanti. Pelbagai lauk yang mereka sediakan.

1.00 petang

Kami bersama-sama warga tua menjamu selera. Sele[as itu diadakan
sedikit persembahan. Ada yang menyanyi, menari, berlakon, dan berlawak. Warga tua kelihatan gembira.

            Sebelum pulang , kami memberi sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan barang-barang kepada warga tua ini. Kami pulang dengan gembira. Saya berasa bangga dapat membantu warga tua dan ingin datang lagi ke sini.

KARANGAN BERITA

                          TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT NEGERI
  KUALA NERANG, Rabu – Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagai
Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu
daripada Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal
Abidin berasal dari Kampung Kubang Semang.
       Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladang
kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran
rumahnya telah dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan
dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersamasama
isteri dan anak-anaknya.
      Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM 10000
dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan
mesin pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakar
semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha.
      Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yang
ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya
untuk melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan
makanan ringan yang dihasilkan oleh keluarganya.
      Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian
dan pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap
kejayaannya ini akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terus
melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam
bidang pertanian ini.

( Tema : Masyarakat )
1. Kamu telah menyaksikan peristiwa tiga orang murid sekolah rendah telah lemas di sungai.
Tulis berita tentang kejadian tersebut.
Skema Jawapan

                               LEMAS DIBAWA ARUS
BATU PAHAT, 10 MAC – Tiga orang murid tahun empat telah lemas semasa mandimanda
di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam
perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang terlibat ialah
Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman.
      Ketika kejadian berlaku, air sungai Renggam agak deras arusnya kerana pada sebelah
paginya hujan turun agak lebat. Mangsa-mangsa lemas ini sememangnya sudah biasa mandi
di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah
melarang mereka mandi di sungai itu.
      Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang menjerit meminta tolong.
Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus.
Mangsa lemas itu cuba diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan bertindak pantas memberitahu
penduduk kampung.
      Sehingga berita ini ditulis, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala dua lagi
mangsa masih belum ditemui. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus untuk
mencari mangsa. Mereka telah menyusuri sungai untuk mencari mangsa.
     Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan. Mereka begitu terperanjat dengan kejadian ini.
Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola
sepak. Namun begitu mereka reda dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap agar mayat
anak mereka akan dijumpai secepat mungkin.

KARANGAN LAPORAN

Soalan : Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka.
Tulis laporan lawatan itu selengkapnya.




                            LAPORAN LAWATAN KE MELAKA

      Pada 8 Mac 2008, Sekolah Kebangsaan Seri Kelana telah mengadakan lawatan sambil belajar
ke Melaka. Lawatan itu disertai oleh 32 orang murid dan 4 orang guru.

      Murid-murid berkumpul di seklah pada pukul 7.00 pagi. Pada pukul 7.30 pagi Guru
besar memberi sedikit taklimat. Bas bertolak tepat pukul 8.00 pagi.Rombongan tiba di Negeri
Melaka Bandaraya Bersejarah kira-kira pukul 11.00 pagi.

      Tempat yang pertama kami lawati ialah bangunan-bangunan peninggalan sejarah di
bandar Melaka. Antaranya termasuklah Kota A’Famosa, Gereja St. Paul dan bangunan
Stadthuys. Bangunan-bangunan tersebut dibina semasa pemerintahan Portugis dan Belanda.
Kemudian kami singgah di gerai-gerai yang menjual cenderamata. Di situ terdapat
pelbagai jenis barang dan makanan. Kami sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang.
Selepas itu, kami berehat sambil menikmati makan tengah hari.

      Kira-kira pukul 2.00 petang, bas bertolak ke Air Keroh. Di sana kami melawat beberapa
tempat menarik seperti Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia.

      Pada keseluruhannya lawatan itu banyak memberikan faedah kepada kami.Kami dapat
menimba banyak ilmu pengetahuan daripada lawatan itu.

Disediakan oleh,                                                                                           17 MAC 2008
Munirah Arshad
( MUNIRAH BT. ARSHAD )
Setiausaha,
Tahun Enam Gemilang,
Sekolah Kebangsaan Seri Kelana

Soalan : Persatuan bahasa Malaysia sekolah anda telah mengadakan gotong-royong
membersihkan rumah orang-orang tua.
Tulis laporan itu selengkapnya.

LAPORAN AKTIVITI MEMBERSIHKAN RUMAH ORANG-ORANG TUA SERI KASIH

      Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Taman Jaya telah mengadakan aktiviti
membersihkan Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih pada 12 April 2008.

     Ahli persatuan berkumpul di perkarangan sekolah pada pukul 7.30 pagi. Kemudian kami
bertolak dengan menaiki sebuah van sekolah dan dua buah kereta yang dipandu guru
pengiring. Tepat pada pukul 10.00 pagi kami sampai di destinasi.

      Sesampainya kami di sana kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap
kumpulan terdiri daripada ahli persatuan dan petugas. Mereka bertanggungjawab
membersihkan bahagian-bahagian tertentu di persekitaran rumah tersebut.

     Aktiviti berjalan lancar dalam suasana yang mesra. Kami berhenti rehat untuk makan
tengah hari bersama para penghuni rumah Seri Kasih. Selepas itu aktiviti diteruskan hingga
pukul 4.00 petang.

      Aktiviti ini telah dapat memberi peluang kepada kami menyelami hati dan perasaan
orang-orang tua yang ditempatkan di situ. Mereka berat hati untuk melepaskan kami pulang.
Penyelia Rumah Orang-orang Tua Seri Kasih, Puan Rahimah Mahad turut melahirkan terima
kasih atas usaha murni kami itu.

      Kami meninggalkan rumah orang-orang tua itu dengan seribu kenangan dan
pengalaman yang amat berharga serta tidak akan kami lupakan.

Disediakan oleh,                                                                                      18 APRIL 2008
Nur Arfah
( NUR ARFAH BINTI HALIM )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Taman Jaya.

Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan Hari Keluarga baru-baru ini.
Tulis laporan program tersebut dengan lengkap.

         LAPORAN HARI KELUARGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MURNI

      Pada hari Ahad, 20 April 2008, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman
Murni telah menganjurkan Hari Keluarga. Majlis itu diadakan di kawasan sekolah. Majlis
tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan guru-guru.
      Majlis bermula pukul 8.30 pagi. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Dato’ Alias
Borhan, Tuan Pegawai Daerah Perak Tengah. Dato’ Alias telah melahirkan rasa bangga atas
semangat kekeluargaan yang telah ditunjukkan oleh warga Sekolah Kebangsaan Taman Murni.
      Acara dimulakan dengan aktiviti sukaneka. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tiup
belon, lari dalam guni, cari duit dalam tepung dan tarik upih. Acara disertai oleh ibu bapa, guruguru
dan murid-murid.
      Persembahan kebudayaan juga telah diadakan di Dewan Anggerik. Persembahan yang
dijalankan ialah tarian, nyanyian dan pertandingan bercerita. Setiap orang yang ingin
menyaksikan persembahan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3.00.
      Untuk mereka yang ingin mengalas perut, jualan makanan dan minuman diadakan di
kantin sekolah. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual dengan harga yang berpatutan.
      Pada pukul 12.30 tengah hari majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan.
Hadiah diberikan kepada pemenang acara sukaneka dan pertandingan nyanyian. Cabutan
nombor bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis.
     Majlis berakhir pada pukul 2.00 petang. Pada keseluruhannya Hari Keluarga yang
diadakan berlangsung dalam suasana meriah serta mencapai matlamat yang diharapkan.


Laporan disediakan oleh,                                                                                 26 APRIL 2008
Khairul Azman
(KHAIRUL AZMAN BIN HASHIM)
Setiausaha,
Tahun Enam Delima,
Sekolah Kebangsaan Taman Murni


KARANGAN PERBINCANGAN

Tulis karangan yang bertajuk “Kebaikan Pasar Malam.
Panjang karangan kamu hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

      Selain pasar tani atau pasar minggu, satu lagi tempat yang sering menjadi
tumpuan orang ramai ialah pasar malam. Pasar malam ini biasanya diadakan di
kawasan-kawasan perumahan bermula dari pukul 5 petang hingga pukul 10 malam.

     Pasar malam yang diadakan di kawasan-kawasan perumahan ini banyak
mendatangkan kebaikan kepada masyarakat setempat. Di pasar malam inilah penduduk
setempat membeli barangan keperluan harian mereka. Pelbagai jenis barang ada dijual
di pasar malam. Dengan adanya pasar malam ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi
masalah ketiadaan masa untuk ke pasar terutama bagi mereka yang bekerja pada
sebelah siangnya.

      Selain itu, orang ramai dapat membeli barangan dengan harga yang murah
sedikit berbanding dengan harga barangan di pasar-pasar biasa. Harga barang di pasar
malam lebih murah kerana para peniaga di pasar malam tidak perlu membayar sewa
kedai yang tinggi. Oleh itu, mereka mampu menjual barangan dengan harga yang agak
murah. Keadaan ini menguntungkan penduduk setempat.

      Di pasar malam, penduduk setempat dapat membeli barangan seperti ikan,
sayur-sayuran , buah-buahan yang masih segar serta pelbagai jenis makanan. Orang
ramai berpeluang untuk membeli barangan yang baik dan bermutu.

      Kesimpulannya, pasar malam yang diadakan di kawasan-kawasan perumahan
ini banyak mendatangkan manfaat kepada orang ramai terutamanya kepada
masyarakat setempat.


Dadah boleh membawa banyak masalah. Tulis karangan tentang kesan
penyalahgunaan dadah.

     Slogan “Belia Benci akan Dadah” merupakan salah satu kempen yang hangat
diperkatakan masa kini. Hal ini membuktikan bahawa betapa seriusnya masalah
ketagian dadah dalam kalangan belia Malaysia. Dadah dikenal pasti sebagai musuh
nombor satu negara .

     Masalah penyalahgunaan dadah bukanlah isu baru. Tenaga muda seharusnya
digunakan unuk membangunkan negara . Malangnya, usia yang berharga itu dihabiskan
di pusat pemulihan atau masih bergelandangan di lorong-lorong gelap ibarat bangkai
bernyawa.

      Ketagihan dadah bukan sahaja mengakibatkan pembaziran wang, malah dapat
merosakkan diri dan menggelapkan masa depan. Tambahan pula, penagih dadah
kurang mendapat tempat dalam masyarakat. Pihak majikan pula hilang kepercayaan
terhadap golongan ini untuk mendapatkan pekerjaan.

      Selain itu, masyarakat turut memandang serong terhadap keluarga si penagih .
Dalam erti kata lain, keluarga berasa aib dan turut terbeban masalah andai ada ahli
keluarga yang bergelar penagih. Bukan sahaja kebahagiaan tejejas, malah keluarga
turut mengalami masalah kewangan sebagai akibat kerenah si penagih.

      Masalah ketagihan dadah menyebabkan sistem imun badan si penagih menjadi
semakin lemah. Hal ini dapat menyebabkan penagih menghidap pelbagai penyakit
berbahaya. Yang lebih memburukkan keadaan , si penagih berisiko tinggi untuk
menghidap AIDS kesan daripada perkongsiaan jarum suntikan.

      Oleh sebab penyalahgunaan dadah banyak keburukannya, maka slogan “Belia
Benci akan Dadah” wajar dihayati. Justeru, masalah dadah harus dibanteras hingga
akar umbinya. Sayangilah diri dan keluarga kerana sekali terkena , sesalan tidak lagi
bermakna.


KARANGAN SYARAHAN


Kamu akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan
Bahasa Malaysia sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat
Membawa Berkat”.
Tulis syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.


      Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru besar, para hakim yang arif,
guru-guru serta rakan-rakan yang saya hormati . Salam sejahtera saya ucapkan.
Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”.

Para hadirin yang dihormati,

      Hidup sepakat bermaksud hidup yang ada sikap bekerjasama
dikalangan penduduk manakala membawa berkat pula bermaksud
mendatangkan kebaikan. Jika sesebuah masyarakat mengamalkan sikap ini,
nescaya hidup kita sentiasa dalam aman dan damai.

      Amalan bermuafakat perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian.
Bergotong-royong dalam melakukan sesuatu pekerjaan adalah contoh semangat
permuafakatan dalam masyarakat.

      Rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu,
dengan semangat tolong-menolong dan kerjasama hidup mereka dalam
keadaan harmoni. Semangat kerjasama ini juga perlu dipupuk sejak daripada
kanak-kanak, seperti kata pepatah, “Kalau hendak melentur buluh biarlah
daripada rebungnya ”.

Hadirin sekalian,

     Amalan bantu-membantu dan bekerjasama akan membawa banyak
kebaikan. Kehidupan menjadi aman dan damai serta pembangunan yang
dijalankan adalah untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

     Oleh itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati
dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana akan mendatangkan
banyak kebaikan. Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.



Kamu telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan di peringkat
daerah. Tajuk syarahan kamu ialah “ Perlunya Para Pelajar Menghormati Guru”.
Tuliskan syarahan kamu dan panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.


      Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Encik Ahmad Akmal,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Balun, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.
Salam sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ”Perlunya Para Pelajar
Menghormati Guru”.

Hadirin sekalian,

     Guru banyak menabur jasa kepada kita. Guru memberi pelajaran dan
mendidik kita agar menjadi insan yang berguna. Oleh yang demikian, kita
perlulah menghormati mereka.

      Bagaimanakah kita menghormati mereka? Kita hendaklah menurut
nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka. Melawan guru ialah sikap
yang tidak baik kerana boleh mendatangkan akibat yang buruk kepada diri kita.

Hadirin yang dihormati sekalian,

      Kita juga boleh menghormati guru dengan cara menjaga hati dan
perasaan mereka. Berbudi bahasalah terhadap guru kita kerana mereka insan
yang telah menabur jasa untuk menjadi insan berguna. Guru akan berasa
gembira dan bangga jika murid-muridnya memiliki budi pekerti yang mulia.

      Guru banyak berkorban masa, tenaga, dan wang ringgit demi kejayaan
anak-anak muridnya. Oleh itu, balaslah segala pengorbanan guru dengan cara
menghormati mereka. Janganlah kita bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Para hadirin sekalian.

      Tanpa guru siapalah kita. Kita akan mendapat banyak kebaikan jika kita
berbuat baik terhadap guru. Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini.

Sekian, terima kasih.



Amalan berjimat cermat seharusnya menjadi budaya hidup harian.
Tuliskan sebuah syarahan tentang “Cara-cara Melaksanakan Amalan Berjimat
Cermat”. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


     Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Berusaha Encik Ahmad Hambal, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri
Kepayang, guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian. Tajuk syarahan saya
ialah “Cara-cara Melaksanakan Amalan Berjimat Cermat”.

Hadirin yang dimuliakan,

      Amalan berjimat cermat bermaksud kita mestilah berhemat dalam
perbelanjaan. Simpanlah semasa rezeki mendatang dan gunakan semasa
kecemasan. Seharusnya amalan mulia ini dijadikan budaya hidup kita sepanjang
masa.

     Dalam pada itu, ibu bapa juga wajar mendidik anak-anak mereka
dengan amalan ini. Ibu bapa seharusnya memberi galakan kepada anak-anak
dalam menyimpan wang belanja sekolah, duit raya dan sebagainya dalam
tabung dan seterusnya membuka akaun di bank.

Hadirin yang dimuliakan,

     Salah satu cara lain dalam berhemat ialah menanam sayur-sayuran
secara hidroponik. Jika setiap keluarga mengamalkannya, sudah tentu negara
dapat menjimatkan berjuta-juta ringgit bagi mengimport sayur-sayuran dari
negara lain.

     Selain itu, kawallah nafsu ketika berbelanja. Ketepikan barangan import
dan belilah barangan buatan Malaysia yang lebih murah harganya. Laburkan
sebahagian daripada pendapatan kita dalam saham amanah untuk mendapatkan
dividen tahunan.

Hadirin yang dihormati,

     Sekianlah sahaja syarahan saya pada kali ini. Sebelum berundur, saya
menyeru agar semua pihak menjadikan amalan berjimat sebagai budaya hidup.

Sekian, terima kasih.


KARANGAN UCAPAN


Anda ialah Pengerusi Kelab Kesenian.Anda akan menyampaikan ucapan dalam
satu Majlis Ramah Mesra sempena pengambilan ahli baharu.
Tulis ucapan anda selengkapnya.


     Yang Berusaha Encik Adam bin Majid, Guru Besar, yang dihormati guru-guru,
serta rakan-rakan sekalian.Terima kasih atas kesudian hadir dalam Majlis Ramah
Mesra ini sempena pengambilan ahli kelab baru.

     Penubuhan kelab ini pada tahun 2004 adalah hasil usaha Cikgu Mahani dan
Cikgu Kamarul.Mereka bercita-cita tinggi untuk melahirkan remaja yang kreatif.
Penubuhan kelab ini diharap dapat merapatkan remaja dengan kesenian warisan
bangsa.

     Kelab ini telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama pada 5 Januari
2004. Dalam mesyuarat tersebut, anggota-anggota jawatankuasa telah dilantik. Saya
dan semua anggota jawatankuasa telah merangka beberapa kegiatan.Antara
kegiatan termasuklah menganjurkan pameran kebudayaan bersempena dengan
Majlis Anugerah Cemerlang, pertunjukan kesenian sempena Hari Guru , Pesta
Tanglung dan Malam Kebudayaan 2004.

Hadirian sekalian,

     Kegiatan tersebut dirancang dengan tujuan untuk melatih anggota kelab agar
bekerjasama, berdisiplin, berdikari, yakin diri dan sebagainya.Sehubungan dengan
itu, diharapkan agar suatu ketika nanti akan lahirlah anggota masyarakat yang
berwawasan dan menghargai warisan bangsa. Selain itu, bakat semulajadi ahli kelab
dapat dicungkil dan daya kreativiti mereka dapat ditingkatkan.

     Kelab ini juga dapat membantu usaha membanteras gejala vandalisme
kerana masa lapang mereka telah diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Saya
menyeru kepada yang belum menyertai mana-mana kelab agar menyertai kelab
kesenian ini. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang yang lebih berjaya dalam
aspek jasmani dan rohani.

     Akhir sekali, sebelum saya mengundurkan diri, saya berharap agar kelab ini
terus maju dan semua anggotanya sentiasa berganding bahu menjayakan setiap
kegiatan yang disusun. Sekian, terima kasih.



Anda akan berpindah sekolah kerana bapa anda ditukarkan di Jabatan lain di
Johor.Anda dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan yang
dirancang oleh guru dan rakan-rakan anda.
Tulis teks ucapan anda selengkapnya


     Selamat sejahtera diucapkan kepada Cikgu Hamat, Yang Berusaha Puan
Halimah, Guru Kelas 6 Melur, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

     Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi
kesempatan untuk berucap pada majlis yang bersejarah ini. Sebenarnya saya tidak
menyangka bahawa rakan-rakan akan mengadakan majlis perpisahan untuk saya.
Terima kasih untuk kalian yang sudi mengadakan majlis untuk saya.

Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman,

     Saya akan berpindah ke Johor pada minggu hadapan. Hari ini ialah hari
terakhir saya di sekolah ini.Saya berasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakan
namun, saya terpaksa mengikut keluarga saya yang akan bertukar ke Johor. Ayah
saya telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke jabatan lain di Johor Bahru. Selama
saya di sini, banyak yang telah saya pelajari tentang masyarakat di negeri
Terengganu. Mereka peramah dan suka menolong.

     Mereka juga sangat mementingkan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang
membuatkan hati saya tertambat di sini. Rakan-rakan pula banyak membantu saya
dalam pelajaran dan kehidupan. Begitu juga dengan guru-guru yang baik hati dan
tidak jemu-jemu menyuntik minda kami dengan ilmu yang berguna. Jasa para guru
dan rakan akan tetap terpahat di hati saya.

Rakan-rakan yang dikasihi,

     Walaupun saya akan berpindah dan mungkin tidak akan berjumpa lagi
dengan teman-teman di sini, tetapi saya berharap agar hubungan kita tetap terjalin.
Janganlah hendaknya rakan-rakan sekelas melupai saya setelah saya jauh di mata.
Saya juga akan mengirim surat setelah berada di sana nanti.

    Akhir sekali, ampun dan maaf saya pohonkan kepada guru-guru dan rakanrakan
jika terdapat salah, silap dan keterlanjuran kata selama saya di sini.

Sekian, terima kasih.



Andaikan anda seorang Pegawai Jabatan Bekalan Air. Anda dijemput untuk
menyampaikan ceramah tentang pentingnya air kepada penduduk kampung.
Tulis teks ceramah anda selengkapnya.


      Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Ramli,
pegawai-pegawai, penduduk kampung serta anak-anak sekalian. Selamat pagi dan
salam sejahtera.

    Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudian
mengundang saya menyampaikan ceramah tentang pentingnya air dalam kehidupan
kita seharian
.
Hadirin yang dihormati,

     Walaupun kita beranggapan 70 peratus daripada bumi ini diliputi air dan 30
peratus sahaja yang terdiri daripada daratan, kita sebenarnya lupa bahawa daripada
sejumlah air yang sebegitu banyak, hanya 2.5 peratus adalah air tawar yang dapat
diminum dan digunakan manakala selebihnya ialah air masin.

    Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air. Jangan mandi
terlalu lama kerana ini melibatkan pembaziran air yang banyak.Selain itu, kita juga
dinasihatkan agar menggunakan mesin basuh hanya apabila membasuh banyak
pakaian. Bagi menyiram pokok, mencuci longkang dan kereta pula, gunakanlah air
hujan yang ditadah di dalam tempayan atau bekas plastik besar.

     Ada banyak faktor mengapa kita harus berjimat ketika menggunakan air,
misalnya pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan permintaan air
meningkat secara mendadak dan kemungkinan besar empangan akan cepat surut
terutamanya ketika musim kemarau panjang. Mungkin pada waktu itulah kita akan
mulai terngadah kerana kekurangan air.

     Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan harian seperti
mandi, mengepam tandas, mencuci pakaian, pinggan mangkuk, kenderaan dan
sebagainya termasuklah permaidani, jika dibandingkan dengan air yang kita gunakan
untuk minum, iaitu hanya 2 hingga 5 liter sehari.

     Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut menyebabkan
pembaziran air. Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk, kita telah membuang
antara 70 hingga 80 liter air. Bayangkanlah berapa banyak pembaziran air akibat
sikap manusia yang tidak prihatin. Oleh itu, apabila berlaku kebocoran air, teruslah
membuat laporan ke Jabatan Bekalan Air yang terdekat.

     Air amat penting, jadi berjimatlah ketika menggunakan air walau di manamana
sahaja. Jadilah warga yang bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.





















1 ulasan: